Sunday, February 20, 2011

LIRIK : Altimet Ft. Hujan - Kotarayaku





















Altimet Ft. Hujan - Kotarayaku

Image Source : 2.bp.blogspot.com
Lyric Source : liriklagu.biz

Ohh kotarayaku
Kisah seribu satu
Abadi di jalananmu

Ini kotaraya yang sering berkata
Kalau berani ayuh mari cuba saya
Siapa mahu cuba, dicabar semua
Si kota terima dengan tangan terbuka
Apa hasratnya bila ditanya
Si kota hanya senyum selamba
Apa kamu mahu semuanya bisa
Jemput ke rumahku sila sila

Di dalam hatinya banyak rahsia
Banyak kisah benar ramai saksinya
Ada yang gagal ada yang berjaya
Ada bersahaja ada capai kerjaya
Ada rezeki yang melimpah ruah
Hingga kurang nasi terlebih kuah
Ada yang sial ada yang bertuah
Cerita sama hanya watak berubah
Di Kuala Lumpur

Ohh Kuala Lumpur
Kau yang tak pernah tidur
Menjaga mimpi yang luntur
Ohh kotarayaku
Kisah seribu satu
Abadi di jalananmu

Ini kotaraya talam dua muka
Katanya madu kau disuap cuka
Selepas dibelai hatimu diluka
Dipijak kepala lepas diberi muka
Kau kan ditelan lantas diludah
Pesta sementara sesal tak sudah
Lampu berkelipan bikin hati buta
Hidup serba laju trafik kura kura

Bukan main main tapi tetap selamba
Suasana berubah bila malam melanda
Lihat anak muda yang tak punya
Tujuan berlumba guna kuasa kuda
Jangan salah laku cuba lawan syahdu
Senyala lilin mengejar waktu
Ramai yang gagal bila diduga
Tapi masih ramai yang berani cuba
Di Kuala Lumpur

Ohh Kuala Lumpur
Kau yang tak pernah tidur
Menjaga mimpi yang luntur
Ohh kotarayaku (Kotarayaku)
Kisah seribu satu
Abadi di jalananmu

Aku rehat sebentar, di kaki lima
Yang jadi riba, melayan minda
Aku sedar kota, sekadar latar
Untuk opera hidup yang bermain di layar lara

Ohh Kuala Lumpur
Kau yang tak pernah tidur
Menjaga mimpi yang luntur
Ohh kotarayaku (Kotarayaku)
Kisah seribu satu
Abadi di jalananmu

Ohh Kuala Lumpur
Kau yang tak pernah tidur
Menjaga mimpi yang luntur

P/s: Comment to share anything! See available comments!

Share

& Comment

1 comments:

  1. Download Mp3 : Altimet Ft. Hujan - Kotarayaku
    http://www.4shared.com/audio/BPhTJMUH/Altimet_ft_Noh_Hujan_-_Kotaray.htm

    ReplyDelete

 

Copyright © only-lyric.blogspot.com™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.